Friday, January 29, 2010

Uncang Kulit untuk simpan Dinar anda

Khas aku dedikasikan kepada peminat2 Dinar & Dirham,

Inilah satu-satu item yang sangat sesuai untuk simpan Dinar & Dirham anda, berbanding dompet/wallet yang ada sekarang. Pernah juga aku bertanya kepada Ustaz2 adakah penggunaan "Uncang" dikategorikan mengikut Sunnah Nabi?. Jawapannya: YA, tapi janganlah pulak anggap semacam fesyen (cth: casing kamera, sunglasses etc) bergantung kepada niat kita. Kalau niat kita nak ikut Sunnah, insyaAllah dapat pahala. Tapi dari segi rekabentuknya memang sukar untuk menetapi ciri2 asal, samalah macam chapal atau sandal Nabi SAW.
Sedikit pengalaman lucu untuk dikongsikan, sebenarnya dah lama jugak aku gunakan Uncang kulit ini. Satu peristiwa dalam tahun 2002 (seingat aku), waktu itu aku kedai gunting rambut. Setelah selesai gunting, aku mengeluarkan wang dari uncang kulit, tetiba Bro Barber tu cakap "Adik guna uncang ya..petua orang2 tua, kalau simpan duit dalam uncang...toyol tak dapat ambil". Dalam hati aku rasa macam nak tergelak jer..lantas aku jawab "Bang, saya guna Uncang ni, sebab ikut Sunnah Nabi". Beberapa tahun lepas tu aku lihat Bro Barber tu pun dah gunakan Uncang, Alhamdulillah.







Boleh isi sehingga 30-40 keping Dinar (termasuk Goldbar yg kecil)












Kod: U1 (Terhad 2 unit - kaler hitam)
*perlu order dulu, jika melebihi stok sediada








Kod: U2 (SOLD-OUT! - kaler coklat)
*perlu order dulu, jika melebihi stok sediada






**Sudah terjual sebanyak 20 unit.
Ciri-ciri kebaikan:
1. Kualiti kulit ASLI 100%
2. Tidak mudah terbakar (kecuali bhg tali & zip)
3. Tidak terlap air
4. Buatan Muslim

Berminat?

-Harga (U1) RM20, (U2) RM25 (termasuk kos hantar) atau 1Dirham perak.
-Sila buat tempahan di ruang Sila Komen: masukkan nama & no.hp anda,berserta Kod
-Bank-in ke akaun saya: CIMB 01140028738526 atau PublicBank 4706519131.

Sunday, January 24, 2010

Simpan Dinar Turunkan Kos Umrah & Haji. Bagaimana?

Ya, memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun.


Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% - 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:
Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Sumber : http://www.lbma.org.uk/ (klik sini)

Cuba lihat jadual perbandingan harga dinar dari PublicDinar dibawah:

Saturday, January 23, 2010

Koleksi-koleksi Dinar Emas

Berikut adalah sebahagian koleksi-koleksi Dinar Emas yang berada dipasaran tempatan dan antarabangsa:
Koleksi dinar dari Public Dinar

Dinar Kelantan
http://www.dinarkel.com/

Dinar Muslim
http://www.nubex.com.my/

Dirham & Dinar Logam Mulia http://dinar.web.id/


Dinar Royal Mint (Terhad)

Pelbagaikan koleksi simpan dinar anda, sebahagiannya mudah diperolehi spt PublicDinar, Dinar Muslim, tetapi agak susah untuk mendapatkan Dinar Kelantan, Dinar Logam Mulia dan Royal Mint.

Untuk artikel seterusnya, bagaimana dinar dapat turunkan kos Umrah & Haji.....

Friday, January 22, 2010

Mengapa Perlu Simpan Dinar Emas?

Sebenarnya banyak perkara yang perlu kita ketahui disebalik Dinar Emas ni. Sebelum tu, sedikit mengenai sejarah Dinar Emas:

1. Perkataan " Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.


Dinar Emas Persian Yazdgard I (399 – 420 AD)
2. Khalifah Umar Ibnu Khatab r.a telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.



Dinar Emas Abd al-Malik ibn Marwan

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam

Wednesday, January 20, 2010

Memulakan Langkah Sebagai Ejen PublicGold

Memandangkan aku mula mengetahui kepentingan menyimpan Emas dan Dinar, aku telah membuat keputusan untuk mengeluarkan wang yang telah aku laburkan dalam Bank Rakyat melalui pelaburan i-Qiradh yang berkonsepkan mudharabah. Jumlah pelaburan aku tidaklah banyak sangat hanya RM20,000 jer dengan perkongsian 40:60 daripada faedah 3.7% - 4.5 % akan dibank-in tiap2 bulan ke akaun simpanan. Setelah genap setahun, aku telah menghitung keuntungannya hanya sekitar RM900++ sahaja, pastu bila aku tamatkan pelaburan tu pihak Bank Rakyat telah memulangkan semula semua wang tersebut tetapi jumlahnya kurang dari nilai asal, disebabkan pramatang dengan potongan lebih RM200. Aku berfikir, sekiranya wang bernilai RM2oK dilaburkan dengan Emas fizikal maka untung daripada kenaikan harga Emas semasa boleh mencecah RM3,000!!! lebih 3X ganda berbanding i-Qiradh.
Dengan mendapat modal RM20K + RM 10K simpanan lain, aku telah menghubungi Sifu Emas En.Syukor Hasyim untuk menjadi ejen PublicGold. Lalu En.Syukor telah menerangkan prosedur yang perlu aku lakukan. Tak aku sangka, rupanya cukup mudah untuk menjadi ejen PublicGold dengan bayaran RM30K, dalam masa 2 hari jer permohonan aku diterima dan aku diberikan stok Emas Goldbar serta Dinar Emas yang bernilai RM30K.


Sebahagian Stok Goldbar dan Dinar Emas simpanan Aku
Mengapa aku memilih menjadi ejen PublicGold?

Tuesday, January 19, 2010

Emas Goldbar Pertama Aku

Segalanya bermula tahun 2009 yang lalu....sebelum ini aku pernah dengar tentang Etika Emas dan juga pernah dipelawa untuk membeli emas melalui ejen Etika Emas, tetapi aku tak berapa yakin dengan skim yang ditawarkan. Antara sebabnya:
1. Aku tak ada pengalaman mengenai goldbar/emas jongkong.
2. Aku tidak ada pengetahuan tentang selok-belok harga emas, ketulenan, jualbeli dll.
3. Belum bersedia untuk melabur dengan emas (masih blurrr lagi..)

Oleh kerana keinginan untuk mengetahui tentang emas ini, aku telah mulakan dengan mendapatkan ilmu dan info melalui pembelian sebuah buku elektronik atau e-book secara online daripada TeamRahsiaEmas.com. Dengan kos RM80, aku telah dibekalkan 2 buah e-book iaitu Emas-emas yang hilang dan Menyingkap rahsia pelaburan emas hasil tulisan En.Syukor yang juga dikenali Sifu Emas atau Juwatanemas.com. Ternyata sekali hasil dari pembacaan kedua2 e-book tersebut telah membuka minda aku tentang rahsia emas dan pelaburannya. Tak sampai dua hari lepas baca e-book tersebut, terus aku membuat keputusan untuk membeli goldbar dari ejen PublicGold.
Kini, aku telah memiliki seketul goldbar/jongkong emas PublicGold bersaiz 20gram. Selang beberapa hari lepas tu, aku mula berjinak2 monitor harga emas dipasaran dunia melalui kitco.com dan web PublicGold, buat kali kedua aku membeli lagi goldbar dan dinar emas (20g + 1 Dinar emas-Public Dinar).

Harga masa beli dulu RM2282, terkini RM 2730..wah!!! dah untung.


Dinar Emas harga dulu RM477, terkini RM570...hmm..hampir RM100 untungnya.


Sekian sedikit dari coretan pengalaman aku. (mula memiliki goldbar pertama - Ogos 2009)

Ikutilah, bagaimana aku mula menjadi ejen Public Gold...........

Sunday, January 17, 2010

First Lesson

Assalamualaikum WBT,

Buat pertama kali aku telah memberanikan diri untuk mewujudkan blog aku sendiri. Setelah sekian lama aku asyik baca blog-blog dari blogger di Malaysia mahupun luar negara. Mungkin sudah sampai masanya aku perlu ada blog sendiri demi untuk berkongsi sesuatu dengan masyarakat dunia yang semakin celik IT ketika ini.

Antara pengajaran yang aku dapat hasil daripada mengikut isu-isu perbincangan dan info-info yang dikongsikan dalam laman-laman blog,sedikit sebanyak telah memberi aku pendedahan tentang apa yang sebenarnya berlaku di dunia hari ini. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan, ledakan informasi, dunia semakin mengecil, masa semakin pantas, manusia semakin leka dengan teknologi,...inilah petanda "kiamat sudah dekat"..hmmm macam pernah aku dengar ayat itu.

Apa-apa pun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dari Illahi. Ikutilah siri demi siri informasi yang akan disalurkan melalui blog yang tidak seberapa ini untuk tatapan pembaca sekalian.

Sekian, buat pertama kali.

Hjmari.