Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul: Cintakah Aku Pada Rasulullah?

Jika soalan di atas diajukan kepada pembaca sekalian, maka serentak akan menjawab YA!!..(itulah andaian saya, tapi..bacalah selanjutnya). Sempena bulan Rabiul Awal ni marilah kita bersama menghayati Maulidur Rasul. Sejak kebelakangan ini, hampir saban hari kita asyik mendengar, bercerita, promosi tentang Emas dan Dinar serta Perak (sebagai cth shj). Sedang asyik dengan emas...kita terlupa untuk bercerita perkara terlebih hebat dan tiada bandingannya iaitu Allah SWT. Dialah telah mencipta dan memberi kelebihan kepada makhluk yang bernama emas ini!. Agak2 dalam sehari, seminggu, sebulan berapa kali kita bercerita tentang kehebatan Allah SWT? atau melakukan apa yang Dia suka.

Jadi, apakah perkara yang Allah SWT suka daripada hamba2Nya? Tidak lain tidak bukan iaitu mencintai diri RasulNya Muhammad SAW. Kenapa? kerana Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah SWT. Diri Rasulullah sangat mulia mengatasi kemuliaan dari sekalian makhluk yang lain. Pernah ketika Nabi Adam dicampak ke dunia disebabkan terlaku satu kesalahan di syurga. Maka baginda Adam AS bersujud memohon ampun daripada Allah SWT selama 40 tahun tanpa mengangkat dahinya!. Setelah itu, terlintas baginda Adam menyebut dalam doa supaya Allah SWT mengampun kesalahannya dengan berkat MUHAMMAD. Maka, Allah SWT bertanya dari mana diketahuinya akan nama Muhammad itu. Lantas Nabi Adam berkata semasa di syurga dulu dia pernah terlihat kalimah Muhammadurrasulullah. Berkata Nabi Adam, dia yakin Muhammad adalah makhluk yang sangat mulia sebab namanya diganding dengan nama Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika tidak kerana Muhammad maka tidak akan tercipta seluruh makhluk lain termasuk Adam AS. Nah! begitu hebatnya kemuliaan Rasulullah SAW.

Satu lagi peristiwa, ketika Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT di sidratulmuntaha (isra' mikraj) teringat Baginda SAW akan kisah Nabi Musa melangkah ke Lembah Thur Sina, Allah SWT memerintah Nabi Musa membuka sepatunya. Lalu, Rasulullah SAW pun ingin membuka sepatunya juga...sebaliknya Allah SWT berkata, wahai KekasihKu usahlah berbuat demikian kerana debu2 yang melekat disepatumu terlebih mulia dari arashKu. Lihatlah, mulianya diri Rasulullah SAW hinggakan apa yang dimilikinya disisi Allah SWT mulia!!

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW?

Monday, February 15, 2010

Emas: Simpanan atau Pelaburan? Pelindung atau Keuntungan??

Dalam seminggu dua lepas ada sedikit isu kontroversi mengenai emas jongkong dan dinar emas. Ekoran dari satu artikel yang ditulis oleh UZAR dilaman webnya http://www.zaharuddin.net/ , maka pelbagai pihak telah memberi komen dan pandangan masing-masing. Banyak yang bersetuju, tak kurang pula yang sebaliknya. Makna tidaknya, kalau dah emas jongkong & dinar emas menjadi perantaraan urusan perniagaan dan jualbeli golongan ini. Sebelum tu, mari kita baca sekejap petikan dari Berita Harian (10.02.2010) yang lalu.
"GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini. Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis."

Walhal, sebelum ini pun dah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan pelaburan emas, ada yang diuruskan oleh syarikat dan ada juga secara individu. Persoalannya kenapa masih terdapat lagi golongan yang menjadi mangsa? sedangkan bukan sahaja dari golongan yang tiada pengetahuan tentang emas, bahkan golongan yang telah berkecimpung dalam perniagaan emas pun terkena sekali. So What?

Friday, February 5, 2010

Dinar Emas: Sunnah atau Nilai Intrinsik?

Tulisan ini sekadar untuk memberi peringatan buat diriku dan pembaca sekalian...
Mungkin ramai telah sedar mengenai apa itu Dinar Emas? bukan untuk menjelaskan secara detail peranan dinar ini, tetapi lebih kepada muhasabah diri. Apabila kesedaran menyimpan dinar telah tersebar dikalangan masyarakat terutamanya umat Islam. Maka, dari masa ke semasa kita telah diperkenalkan dengan keluaran 'dinar Emas' daripada pelbagai pihak pengeluar/syarikat baik produk tempatan (dlm negara) mahupun produk antarabangsa dari luar negara. Ada sesetengahnya mengketengahkan dinar ikut standard 916 & 4.25g dan standard 999 & 4.5g. Justeru, dinar menjadi item yang sangat popular dan ingin dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ada kaitan dengan sistem kewangan Islam dan nilai intrinsik.
Di sini, terdapat beberapa persoalan yang perlu difikirkan sejenak...

1. Mengapa nilai dinar mempunyai perbezaan antara pengeluar/syarikat? (kerana kos bahan mentah, kualiti emas, promosi, keuntungan, etc..???)
2. Apakah niat kita menyimpan dinar? (memartabatkan sunnah, nilai intrinsik, keuntungan, etc..???)
3. Sekiranya dinar bukan EMAS, adakah kita masih berminat menyimpannya atau memartabatkannya? (kerana pernah keinginan Hadrat Abu Bakar R.A menjadikan kulit unta sebagai dinar/matawang)