Friday, February 5, 2010

Dinar Emas: Sunnah atau Nilai Intrinsik?

Tulisan ini sekadar untuk memberi peringatan buat diriku dan pembaca sekalian...
Mungkin ramai telah sedar mengenai apa itu Dinar Emas? bukan untuk menjelaskan secara detail peranan dinar ini, tetapi lebih kepada muhasabah diri. Apabila kesedaran menyimpan dinar telah tersebar dikalangan masyarakat terutamanya umat Islam. Maka, dari masa ke semasa kita telah diperkenalkan dengan keluaran 'dinar Emas' daripada pelbagai pihak pengeluar/syarikat baik produk tempatan (dlm negara) mahupun produk antarabangsa dari luar negara. Ada sesetengahnya mengketengahkan dinar ikut standard 916 & 4.25g dan standard 999 & 4.5g. Justeru, dinar menjadi item yang sangat popular dan ingin dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ada kaitan dengan sistem kewangan Islam dan nilai intrinsik.
Di sini, terdapat beberapa persoalan yang perlu difikirkan sejenak...

1. Mengapa nilai dinar mempunyai perbezaan antara pengeluar/syarikat? (kerana kos bahan mentah, kualiti emas, promosi, keuntungan, etc..???)
2. Apakah niat kita menyimpan dinar? (memartabatkan sunnah, nilai intrinsik, keuntungan, etc..???)
3. Sekiranya dinar bukan EMAS, adakah kita masih berminat menyimpannya atau memartabatkannya? (kerana pernah keinginan Hadrat Abu Bakar R.A menjadikan kulit unta sebagai dinar/matawang)

Kenapa kita lebih cenderung dan beria-ia menyatakan pentingnya menyimpan dan memartabatkan 'dinar', tetapi tidak kepada perkara-perkara lain yang jauh lebih penting dan utama? Hanya dengan merujuk hadits riwayat Hadrat Abu Bakar R.A bahawa Rasulullah SAW menekankan simpan dinar(emas) & dirham(perak), kita terus bersemangat & "beramal" dengan hadits tersebut. Tepuk dada, tanya iman kita....

Sekiranya kita bandingkan antara Dinar dan Solat berjemaah (cth sahaja), mana terlebih ditekankan oleh Nabi SAW dan para Sahabat R.hm. Kalau hanya satu hadits sudah cukup memotivasikan kita menyimpan 'dinar' & mengajak orang lain melakukan perkara yang sama, inikan pula berpuluh-puluh hadits menekankan kelebihan solat berjemaah tidakkah cukup untuk memotivasikan kita untuk sama-sama beramal dan mengajak antara satu sama lain? Tepuk dada, tanya iman kita...

Kita imbas kembali, satu ketika dahulu pernah ada pihak mengketengahkan satu produk sangat baik berkaitan Sunnah Nabi iaitu Sandal/selipar Sunnah, ingat lagi tak? mula-mula dulu ramai sungguh yang minat, tapi lama-kelamaan ke mana pergi semangat kita memartabatkan Sunnah dan tak lama kemudian syarikat berkenaan pun senyap. Entahlah, wujud lagi atau tidak. Sebaliknya selipar jepun jenama tertentu masih gah dipasaran hampir puluhan tahun. Tetapi, bila kita memiliki 'dinar' kita berazam untuk simpan selama yang mungkin, sampai bila-bila...kerana apa, adakah kita ikut Sunnah atau nilai intrinsik? Tepuk dada, tanya iman kita...

Tak salah, jika kita simpan 'dinar' & ajak orang lain sama, tapi...kita harus berlaku adil terhadap tuntutan/suruhan Sunnah yang lain. Jika simpan 'dinar' perlukan wang ringgit yang banyak pun kita sanggup, takkan nak pergi solat berjemaah & ajak orang lain melakukannya sama tak mampu, tak keluarkan wang ringgit pun, guna kaki & mulut ajer... Kalau ada yang berkata "saya pun tak pergi solat berjemaah, macam mana nak ajak orang lain"? Baik saya kemukakan satu hadits: Daripada Hadrat Anas R.A beliau meriwayatkan bahawa kami berkata " Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya? Maka Baginda SAW berkata, " Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya". (riwayat Tabrani)

Sekali lagi diajukan persoalan..Sekiranya 'dinar' digantikan dengan 'kulit' masihkah kita ingin memartabatkannya sebagaimana sekarang? Jika, YA!..syabas anda semuanya pencinta Sunnah Nabi yang sejati.

Mungkin artikel kali ini agak sensitif bagi sesetengah pembaca, bagi penulis ini adalah pandangan peribadi sahaja. Sesiapa boleh komen atau memberi ulasan terhadap tulisan ini.

*Artikel ini hanya menyentuh isu 'Dinar' sahaja tiada kaitan dengan produk-produk emas spt jongkong, syiling, barang kemas & perhiasan...itu cerita lain.

7 comments:

  1. Salam Tuan,
    Artikel berilmiah yang menarik...
    Mungkin artikel akan datang dinar sebagai matawang - alat tukaran, bukan barang dagangan...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Tanah,

    Artikel menarik utk kita renung2kan.
    Disini saya nak kongsikan kenapa Dinar harus dimartabatkan dan bukan didagangkan?

    -Sunnah dinar antara sunnah yg org tinggalkan dan jarang2 org nak amalkan. Mcm mana org nak amal, dinar pun org blum kenal lg. Dikenalkan dinar plk dengan cara mcm mana nak buat untung. Buy Low, Sell High!!!

    -Kerana Dinar adalah Hidden Weapon bagi org muslim. Sebab itu org Yahudi laknatullah beriya2 memisahkan dinar dgn matawang. Tapi malang org Islam sendiri terperangkap dgn game yahudi dgn memperdagangkan dinar itu sendiri.

    -Ekonomi, kerana dengan Dinar inilah pengagihan kekayaan dapat disamaratakan. Bukan mcm sekarang, yang kaya bertambah kaya, yg miskin bertambah miskin. Contoh terdekat org2 barat yg ada skrg bertambah kaya berbanding org Asia dan Afrika yg majoritinya muslim.


    So kesimpulannya Dinar ni mempunyai kaitan dengan byk perkara terutamanya utk kepentingan Ummah. Sama2 lah kita berbalik kepada asas Dinar itu sendiri "medium of exchange", bukan barang dagangan. Sekadar berkongsi.

    Ikuti dan pelajari Dinar di http://thegolddinar-tv.blogspot.com/

    **sy berminat dengan uncang kulit tu, leh call saya 017-7799677 (yomida)

    ReplyDelete
  3. Salam tuan reimei,
    bgs article ni dan sy sokong..ambillah islam sepenuhnya dan kuatkan rukun2nya terlebih dahulu... rukun islam dan rukun iman....
    kemudian barulah kita layak untuk memperjuangkan dinar seperti yg diceritakan...

    ilmu tentang dinar sy tgk makin bercambah di malaysia ...bgs lah... tp CARA or METHOD YG DIJALANKAN salah sama sekali....
    1) Spread adalah 1 kegagalan dlm usaha nak memartabatkan dinar...... org bolh speculate and buat jual beli... jd dinar hanya akan berlegar2 dikalangan traders dan sedikit end user....
    So mana2 dinar yg mempunyai spread anggaplah proses perubahan ke arah memartabatkan dinar....
    Solution..hapuskan spread, buat no buy back policy...beli dinar sekadar termampu apabila ada duit lebihan untuk simpanan...

    byk lg yg hendak dikongsikan..kaji dah dalami...
    Kita hendak MENUKAR sistem ekonomi bukan untuk MERUBAH sistem ekonomi... so msti org ramai akan kata kita gila...hahaha...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih buat cdanhas, yomida dan mohd ridhwan di atas respon kalian. Saya memang turut menyokong 100% usaha memartabatkan dinar, sya pun jugak ada simpanan dinar. Tetapi bagi saya, let "first thing, comes first"... memang puak yahudi & nasrani telah lama mematikan sistem mualamat islam dgn strategi mereka memperkenalkan fiat money & kovensional banking. walaubagaimanpun, renung2kanlah..apa yg telah diperkatakan oleh pendeta2 yahudi " selagi umat Islam tidak memenuhi masjid mereka dengan solat suboh sebagaimana solat jumaat, selagi itulah kami(yahudi) tidak dapat dikalahkan dan kamu (umat Islam) dikuasai oleh kami.

    Dalam kegawatan dan keruntuhan amalan umat Islam sekarang ni, peranan Masid amat besar. Masjid sepatutnya jadi tempat penyatuan masyarakat Islam dan asas kekuatan. Lihatlah sejarah, bagaimana Nabi SAW ketika sampai di Madinah dlm peristiwa hijrah, Nabi SAW telah membina masjid Quba', setelah itu Masjid Nabawi. Sebab masjid adalah tempat pertama turunnya rahmat Allah SWT utk umat Islam, kalau umat Islam sendiri enggan/dingin utk ke masjid mcm mana mereka nak dpt rahmat dari Allah SWT.

    Marilah kita semua, disamping semangat memartabatkan Dinar yang ada ini, sebahagiannya disalurkan kepada usaha mengajak diri kita & ummah kepada rahmat Allah SWT iaitu ke Masjid.

    ReplyDelete
  5. Gerakan kembalikan dinar and dirham secara lain dr yg lain telah bermula..the beginning 2010...

    wslm..

    ReplyDelete
  6. Satukan HATI, satukan GERAKAN, pemikiran dan cara tuan reimei tak salah... ramaikan kwn and jmpa dgn org yg pelik dan betul...nanti nampaklah jalannya...

    ReplyDelete
  7. Petikan kenyataan UZAR:
    "Kepada penyokong-penyokong matawang emas dinar, jangan anda terlibat dalam perdagangan emas jongkong sebagai komoditi kerana anda adalah punca kegagalan system itu diyakini oleh barat kerana nilainya juga turut akan menjadi fluctuate kerana anda."

    "Sekadar menyimpan emas untuk diri sendiri di kemudian hari, tiada masalah di sisi Islam dan Maqasid Shariah. Apa yang saya sifatkan sebagai bermasalah dalam tulisan ini adalah yang simpan emas sekejap, kemudian jual, kemudian simpan balik, kemudian jual semula. Iaitu mereka yang menjadikan emas untuk trading secara kerap kerana meraih untung perbezaaan nilainya."

    utk ulasan terperinci sila lawati: http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/

    ReplyDelete