Saturday, July 10, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Harga Emas Paras Tinggi!

Harga Emas Cecah USD1230!!

Harga emas pagi tadi (3.00am) pada 12.05.2010 telah mencecah USD1232! juga merupakan rekod terkini dalam masa 10 tahun, selepas harganya ke paras USD1214 pada Disember 2009 yang lalu. Nampaknya spekulasi yang menyatakan harga emas tidak akan melepasi USD1200 hanyalah andaian semata-mata. Jelas terbukti harga emas akan berpontensi meningkat lagi.


Teringat masa mula-mula membeli goldbar PG yang pertama dengan harga RM2280 (20gram) dan 1dinar PD (RM470). Pada waktu tu, bulan Ogos 2009 harga spot gold ialah USD945 berbanding sekarang telah melepasi USD1200!. Kalau dikira peratusan kenaikan dah sampai 30% dalam masa 9 bulan sahaja. Mungkin selepas ini harga emas akan meningkat lagi...USD1250, 1300,...dan ada meramal sehingga USD2500!!!. Huh! tinggi betul diaorang shoot harga emas nih.

Sekadar pesanan, jangan niat membeli & menyimpan emas hanya untuk keuntungan wang fiat semata-mata. Sebenarnya peranan emas lebih daripada itu...merupakan aset kekayaan yang sebenar dan pelindung harta kita.

Artikel-artikel lain yang menarik:
1. Why saving in GOLD?
2. Emas: Simpanan atau Pelaburan?
3. Kenapa perlu simpan Dinar Emas
4. Dinar Emas turunkan kos Haji dan Umrah!

Tuesday, May 4, 2010

Euro Semakin Tenat, Emas Semakin Meningkat!

Ya, itulah realitinya...sila baca info berikut yang dipetik dari web: Dinar-Emas.com :


Meskipun kelahirannya menghebohkan dunia dan sempat menjadi harapan bangsa-bangsa di dunia untuk menjadi matawang pilihan,  Euro yang ibarat usia manusia sekarang baru memasuki usia ABG – ternyata tidak tumbuh sihat.
 
Bahkan menurut pelabur terkemuka Jim Rogers dalam siaran TV CNBC minggu lalu menyatakan bahwa usia Euro paling-paling hanya boleh bertahan sekitar 15 tahun lagi dari sekarang.

Jadi kalau dihitung sejak kelahirannya & digunakan dengan rasmi sebagai matawang sejak 1 Januari 1999, dan jika jangkaan Jim Rogers benar, bererti usia matawang Euro secara keseluruhan tidak akan lebih dari 30 tahun saja.Diluar jangkaan Jim Rogers tersebut, sebenarnya kita bisa melihat masa depan Euro ini secara lebih jelas bila kita gunakan timbangan emas.
 
Sejak kelahirannya 11 tahun lalu itu, sampai sekarang nilai matawang Euro terhadap emas tinggal 30% saja. Bila trend menurun ini berlanjutan, maka 15 tahun yang akan datang status daya beli matawang Euro terhadap emas akan tinggal purata 5 % dibandingkan dengan niai ketika kelahirannya.

Matawang Euro yang kononnya diharapkan menjadi matawang moden yang hebat dan perkasa, ternyata kini memiliki masa depan yang sama suramnya dengan berbagai mata wang kertas lain di dunia.  Lantas..........pelajaran apa yang mestinya dapat kita beri pehatian dari sistem wang kertas yang lahir di era teknologi ini ? (Courtesy: Dinar-Emas.com)

Kesimpulan:
1. Wang fiat@ fiat money akan mengalami kegagalan sistem, susut nilai, inflasi.
2. Wang fiat diasaskan oleh sistem kapitalis yang sentiasa menindas matawang lain.
3. Wang fiat mudah dispekulasi oleh orang2 yang tamak/penyangak matawang.
4. Dinar Emas musuh kepada sistem wang fiat dan kapitalis.

Jadi, apa tunggu lagi..."Save in Gold, before its too late: Prof. Dr Umar Vadillo"

Monday, April 19, 2010

Tambahkan Ilmu Tentang EMAS!

Assalamualaikum wbt...
Rasanya sudah agak lama artikel dalam blog ni tidak di 'update'kan...memandangkan tiada ruang masa yang peruntukkan untuk kemaskini laman blog ni. Ok, di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang diperolehi semasa mengikuti sesi training untuk agen-agen Public Gold (PG) yang disampaikan oleh Jutawanemas (En.Syukor Hashim) pada 18 April 2010.
En. Syukor sentiasa berpenampilan segak dan menyakinkan. Penyampaiannya sungguh bersahaja, tetapi isi kandungan ceramah sangat informatik dan mengujakan.

Walaupun, latar belakang Sifu jutawanemas ni bukanlah berpendidikan agama tetapi pengurusan ketika di MMU dahulu, namun sedikit sebanyak terselit nasihat-nasihat yang berkait rapat dengan Islam. Mesej-mesej yang disampaikan mudah difahami dan dihayati oleh audien termasuk yang Non-muslim! Tahniah En.Syukor semoga maksud ayat-ayat Quran dan kata-kata hikmah menjadi sebahagian kalimah dakwah kepada Non-muslim khususnya dan peringatan untuk Muslim.

Satu soalan diajukan oleh Sifu jutawanemas.."Apakah niat anda dalam memulakan perniagaan emas?".

Monday, March 8, 2010

Emas Oh! Emas: Tak Kenal Maka Tak Cinta


EMAS... asalmu sungguh mulia,
Perciptaanmu berkait rapat dengan manusia,
Nilai dirimu begitu bermakna,
Sedikit pun bernilai, banyak lagi berharga,


EMAS... buat simiskin memilikimu sememangnya perlu,
Bagi sikaya sememangnya sudah tentu,
Buat pengantin baru, berbahagialah jika berbekal dirimu,
Bagi yang lama, jangan sesekali berpisah dengan dirimu,

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul: Cintakah Aku Pada Rasulullah?

Jika soalan di atas diajukan kepada pembaca sekalian, maka serentak akan menjawab YA!!..(itulah andaian saya, tapi..bacalah selanjutnya). Sempena bulan Rabiul Awal ni marilah kita bersama menghayati Maulidur Rasul. Sejak kebelakangan ini, hampir saban hari kita asyik mendengar, bercerita, promosi tentang Emas dan Dinar serta Perak (sebagai cth shj). Sedang asyik dengan emas...kita terlupa untuk bercerita perkara terlebih hebat dan tiada bandingannya iaitu Allah SWT. Dialah telah mencipta dan memberi kelebihan kepada makhluk yang bernama emas ini!. Agak2 dalam sehari, seminggu, sebulan berapa kali kita bercerita tentang kehebatan Allah SWT? atau melakukan apa yang Dia suka.

Jadi, apakah perkara yang Allah SWT suka daripada hamba2Nya? Tidak lain tidak bukan iaitu mencintai diri RasulNya Muhammad SAW. Kenapa? kerana Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah SWT. Diri Rasulullah sangat mulia mengatasi kemuliaan dari sekalian makhluk yang lain. Pernah ketika Nabi Adam dicampak ke dunia disebabkan terlaku satu kesalahan di syurga. Maka baginda Adam AS bersujud memohon ampun daripada Allah SWT selama 40 tahun tanpa mengangkat dahinya!. Setelah itu, terlintas baginda Adam menyebut dalam doa supaya Allah SWT mengampun kesalahannya dengan berkat MUHAMMAD. Maka, Allah SWT bertanya dari mana diketahuinya akan nama Muhammad itu. Lantas Nabi Adam berkata semasa di syurga dulu dia pernah terlihat kalimah Muhammadurrasulullah. Berkata Nabi Adam, dia yakin Muhammad adalah makhluk yang sangat mulia sebab namanya diganding dengan nama Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika tidak kerana Muhammad maka tidak akan tercipta seluruh makhluk lain termasuk Adam AS. Nah! begitu hebatnya kemuliaan Rasulullah SAW.

Satu lagi peristiwa, ketika Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT di sidratulmuntaha (isra' mikraj) teringat Baginda SAW akan kisah Nabi Musa melangkah ke Lembah Thur Sina, Allah SWT memerintah Nabi Musa membuka sepatunya. Lalu, Rasulullah SAW pun ingin membuka sepatunya juga...sebaliknya Allah SWT berkata, wahai KekasihKu usahlah berbuat demikian kerana debu2 yang melekat disepatumu terlebih mulia dari arashKu. Lihatlah, mulianya diri Rasulullah SAW hinggakan apa yang dimilikinya disisi Allah SWT mulia!!

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW?

Monday, February 15, 2010

Emas: Simpanan atau Pelaburan? Pelindung atau Keuntungan??

Dalam seminggu dua lepas ada sedikit isu kontroversi mengenai emas jongkong dan dinar emas. Ekoran dari satu artikel yang ditulis oleh UZAR dilaman webnya http://www.zaharuddin.net/ , maka pelbagai pihak telah memberi komen dan pandangan masing-masing. Banyak yang bersetuju, tak kurang pula yang sebaliknya. Makna tidaknya, kalau dah emas jongkong & dinar emas menjadi perantaraan urusan perniagaan dan jualbeli golongan ini. Sebelum tu, mari kita baca sekejap petikan dari Berita Harian (10.02.2010) yang lalu.
"GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini. Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis."

Walhal, sebelum ini pun dah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan pelaburan emas, ada yang diuruskan oleh syarikat dan ada juga secara individu. Persoalannya kenapa masih terdapat lagi golongan yang menjadi mangsa? sedangkan bukan sahaja dari golongan yang tiada pengetahuan tentang emas, bahkan golongan yang telah berkecimpung dalam perniagaan emas pun terkena sekali. So What?

Friday, February 5, 2010

Dinar Emas: Sunnah atau Nilai Intrinsik?

Tulisan ini sekadar untuk memberi peringatan buat diriku dan pembaca sekalian...
Mungkin ramai telah sedar mengenai apa itu Dinar Emas? bukan untuk menjelaskan secara detail peranan dinar ini, tetapi lebih kepada muhasabah diri. Apabila kesedaran menyimpan dinar telah tersebar dikalangan masyarakat terutamanya umat Islam. Maka, dari masa ke semasa kita telah diperkenalkan dengan keluaran 'dinar Emas' daripada pelbagai pihak pengeluar/syarikat baik produk tempatan (dlm negara) mahupun produk antarabangsa dari luar negara. Ada sesetengahnya mengketengahkan dinar ikut standard 916 & 4.25g dan standard 999 & 4.5g. Justeru, dinar menjadi item yang sangat popular dan ingin dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ada kaitan dengan sistem kewangan Islam dan nilai intrinsik.
Di sini, terdapat beberapa persoalan yang perlu difikirkan sejenak...

1. Mengapa nilai dinar mempunyai perbezaan antara pengeluar/syarikat? (kerana kos bahan mentah, kualiti emas, promosi, keuntungan, etc..???)
2. Apakah niat kita menyimpan dinar? (memartabatkan sunnah, nilai intrinsik, keuntungan, etc..???)
3. Sekiranya dinar bukan EMAS, adakah kita masih berminat menyimpannya atau memartabatkannya? (kerana pernah keinginan Hadrat Abu Bakar R.A menjadikan kulit unta sebagai dinar/matawang)

Friday, January 29, 2010

Uncang Kulit untuk simpan Dinar anda

Khas aku dedikasikan kepada peminat2 Dinar & Dirham,

Inilah satu-satu item yang sangat sesuai untuk simpan Dinar & Dirham anda, berbanding dompet/wallet yang ada sekarang. Pernah juga aku bertanya kepada Ustaz2 adakah penggunaan "Uncang" dikategorikan mengikut Sunnah Nabi?. Jawapannya: YA, tapi janganlah pulak anggap semacam fesyen (cth: casing kamera, sunglasses etc) bergantung kepada niat kita. Kalau niat kita nak ikut Sunnah, insyaAllah dapat pahala. Tapi dari segi rekabentuknya memang sukar untuk menetapi ciri2 asal, samalah macam chapal atau sandal Nabi SAW.
Sedikit pengalaman lucu untuk dikongsikan, sebenarnya dah lama jugak aku gunakan Uncang kulit ini. Satu peristiwa dalam tahun 2002 (seingat aku), waktu itu aku kedai gunting rambut. Setelah selesai gunting, aku mengeluarkan wang dari uncang kulit, tetiba Bro Barber tu cakap "Adik guna uncang ya..petua orang2 tua, kalau simpan duit dalam uncang...toyol tak dapat ambil". Dalam hati aku rasa macam nak tergelak jer..lantas aku jawab "Bang, saya guna Uncang ni, sebab ikut Sunnah Nabi". Beberapa tahun lepas tu aku lihat Bro Barber tu pun dah gunakan Uncang, Alhamdulillah.







Boleh isi sehingga 30-40 keping Dinar (termasuk Goldbar yg kecil)












Kod: U1 (Terhad 2 unit - kaler hitam)
*perlu order dulu, jika melebihi stok sediada








Kod: U2 (SOLD-OUT! - kaler coklat)
*perlu order dulu, jika melebihi stok sediada






**Sudah terjual sebanyak 20 unit.
Ciri-ciri kebaikan:
1. Kualiti kulit ASLI 100%
2. Tidak mudah terbakar (kecuali bhg tali & zip)
3. Tidak terlap air
4. Buatan Muslim

Berminat?

-Harga (U1) RM20, (U2) RM25 (termasuk kos hantar) atau 1Dirham perak.
-Sila buat tempahan di ruang Sila Komen: masukkan nama & no.hp anda,berserta Kod
-Bank-in ke akaun saya: CIMB 01140028738526 atau PublicBank 4706519131.

Sunday, January 24, 2010

Simpan Dinar Turunkan Kos Umrah & Haji. Bagaimana?

Ya, memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun.


Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% - 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:
Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Sumber : http://www.lbma.org.uk/ (klik sini)

Cuba lihat jadual perbandingan harga dinar dari PublicDinar dibawah:

Saturday, January 23, 2010

Koleksi-koleksi Dinar Emas

Berikut adalah sebahagian koleksi-koleksi Dinar Emas yang berada dipasaran tempatan dan antarabangsa:
Koleksi dinar dari Public Dinar

Dinar Kelantan
http://www.dinarkel.com/

Dinar Muslim
http://www.nubex.com.my/

Dirham & Dinar Logam Mulia http://dinar.web.id/


Dinar Royal Mint (Terhad)

Pelbagaikan koleksi simpan dinar anda, sebahagiannya mudah diperolehi spt PublicDinar, Dinar Muslim, tetapi agak susah untuk mendapatkan Dinar Kelantan, Dinar Logam Mulia dan Royal Mint.

Untuk artikel seterusnya, bagaimana dinar dapat turunkan kos Umrah & Haji.....

Friday, January 22, 2010

Mengapa Perlu Simpan Dinar Emas?

Sebenarnya banyak perkara yang perlu kita ketahui disebalik Dinar Emas ni. Sebelum tu, sedikit mengenai sejarah Dinar Emas:

1. Perkataan " Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.


Dinar Emas Persian Yazdgard I (399 – 420 AD)
2. Khalifah Umar Ibnu Khatab r.a telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.



Dinar Emas Abd al-Malik ibn Marwan

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam

Wednesday, January 20, 2010

Memulakan Langkah Sebagai Ejen PublicGold

Memandangkan aku mula mengetahui kepentingan menyimpan Emas dan Dinar, aku telah membuat keputusan untuk mengeluarkan wang yang telah aku laburkan dalam Bank Rakyat melalui pelaburan i-Qiradh yang berkonsepkan mudharabah. Jumlah pelaburan aku tidaklah banyak sangat hanya RM20,000 jer dengan perkongsian 40:60 daripada faedah 3.7% - 4.5 % akan dibank-in tiap2 bulan ke akaun simpanan. Setelah genap setahun, aku telah menghitung keuntungannya hanya sekitar RM900++ sahaja, pastu bila aku tamatkan pelaburan tu pihak Bank Rakyat telah memulangkan semula semua wang tersebut tetapi jumlahnya kurang dari nilai asal, disebabkan pramatang dengan potongan lebih RM200. Aku berfikir, sekiranya wang bernilai RM2oK dilaburkan dengan Emas fizikal maka untung daripada kenaikan harga Emas semasa boleh mencecah RM3,000!!! lebih 3X ganda berbanding i-Qiradh.
Dengan mendapat modal RM20K + RM 10K simpanan lain, aku telah menghubungi Sifu Emas En.Syukor Hasyim untuk menjadi ejen PublicGold. Lalu En.Syukor telah menerangkan prosedur yang perlu aku lakukan. Tak aku sangka, rupanya cukup mudah untuk menjadi ejen PublicGold dengan bayaran RM30K, dalam masa 2 hari jer permohonan aku diterima dan aku diberikan stok Emas Goldbar serta Dinar Emas yang bernilai RM30K.


Sebahagian Stok Goldbar dan Dinar Emas simpanan Aku
Mengapa aku memilih menjadi ejen PublicGold?

Tuesday, January 19, 2010

Emas Goldbar Pertama Aku

Segalanya bermula tahun 2009 yang lalu....sebelum ini aku pernah dengar tentang Etika Emas dan juga pernah dipelawa untuk membeli emas melalui ejen Etika Emas, tetapi aku tak berapa yakin dengan skim yang ditawarkan. Antara sebabnya:
1. Aku tak ada pengalaman mengenai goldbar/emas jongkong.
2. Aku tidak ada pengetahuan tentang selok-belok harga emas, ketulenan, jualbeli dll.
3. Belum bersedia untuk melabur dengan emas (masih blurrr lagi..)

Oleh kerana keinginan untuk mengetahui tentang emas ini, aku telah mulakan dengan mendapatkan ilmu dan info melalui pembelian sebuah buku elektronik atau e-book secara online daripada TeamRahsiaEmas.com. Dengan kos RM80, aku telah dibekalkan 2 buah e-book iaitu Emas-emas yang hilang dan Menyingkap rahsia pelaburan emas hasil tulisan En.Syukor yang juga dikenali Sifu Emas atau Juwatanemas.com. Ternyata sekali hasil dari pembacaan kedua2 e-book tersebut telah membuka minda aku tentang rahsia emas dan pelaburannya. Tak sampai dua hari lepas baca e-book tersebut, terus aku membuat keputusan untuk membeli goldbar dari ejen PublicGold.
Kini, aku telah memiliki seketul goldbar/jongkong emas PublicGold bersaiz 20gram. Selang beberapa hari lepas tu, aku mula berjinak2 monitor harga emas dipasaran dunia melalui kitco.com dan web PublicGold, buat kali kedua aku membeli lagi goldbar dan dinar emas (20g + 1 Dinar emas-Public Dinar).

Harga masa beli dulu RM2282, terkini RM 2730..wah!!! dah untung.


Dinar Emas harga dulu RM477, terkini RM570...hmm..hampir RM100 untungnya.


Sekian sedikit dari coretan pengalaman aku. (mula memiliki goldbar pertama - Ogos 2009)

Ikutilah, bagaimana aku mula menjadi ejen Public Gold...........

Sunday, January 17, 2010

First Lesson

Assalamualaikum WBT,

Buat pertama kali aku telah memberanikan diri untuk mewujudkan blog aku sendiri. Setelah sekian lama aku asyik baca blog-blog dari blogger di Malaysia mahupun luar negara. Mungkin sudah sampai masanya aku perlu ada blog sendiri demi untuk berkongsi sesuatu dengan masyarakat dunia yang semakin celik IT ketika ini.

Antara pengajaran yang aku dapat hasil daripada mengikut isu-isu perbincangan dan info-info yang dikongsikan dalam laman-laman blog,sedikit sebanyak telah memberi aku pendedahan tentang apa yang sebenarnya berlaku di dunia hari ini. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan, ledakan informasi, dunia semakin mengecil, masa semakin pantas, manusia semakin leka dengan teknologi,...inilah petanda "kiamat sudah dekat"..hmmm macam pernah aku dengar ayat itu.

Apa-apa pun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dari Illahi. Ikutilah siri demi siri informasi yang akan disalurkan melalui blog yang tidak seberapa ini untuk tatapan pembaca sekalian.

Sekian, buat pertama kali.

Hjmari.