Monday, April 19, 2010

Tambahkan Ilmu Tentang EMAS!

Assalamualaikum wbt...
Rasanya sudah agak lama artikel dalam blog ni tidak di 'update'kan...memandangkan tiada ruang masa yang peruntukkan untuk kemaskini laman blog ni. Ok, di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang diperolehi semasa mengikuti sesi training untuk agen-agen Public Gold (PG) yang disampaikan oleh Jutawanemas (En.Syukor Hashim) pada 18 April 2010.
En. Syukor sentiasa berpenampilan segak dan menyakinkan. Penyampaiannya sungguh bersahaja, tetapi isi kandungan ceramah sangat informatik dan mengujakan.

Walaupun, latar belakang Sifu jutawanemas ni bukanlah berpendidikan agama tetapi pengurusan ketika di MMU dahulu, namun sedikit sebanyak terselit nasihat-nasihat yang berkait rapat dengan Islam. Mesej-mesej yang disampaikan mudah difahami dan dihayati oleh audien termasuk yang Non-muslim! Tahniah En.Syukor semoga maksud ayat-ayat Quran dan kata-kata hikmah menjadi sebahagian kalimah dakwah kepada Non-muslim khususnya dan peringatan untuk Muslim.

Satu soalan diajukan oleh Sifu jutawanemas.."Apakah niat anda dalam memulakan perniagaan emas?".
Agak-agaknya dalam benak fikiran...rasanya rata-rata Agen PG memikirkan soal keuntungan, komisen, menambah aset kekayaan. Namun apa jawapan dari En.Syukor..."Betulkan niat anda!.." Katanya, "ini adalah peluang anda bagi membantu orang lain menyimpan kekayaan yang sebenar". Pada saya kata-kata tersebut datang dari hati yang jujur dan ikhlas oleh Sifu jutawanemas yang sememangnya sering membantu sesiapa sahaja yang inginkan ilmu tentang Emas ini.

Sebenarnya masih ramai lagi dikalangan orang awam tidak mengetahui tentang kelebihan emas. Mungkin ramai di luar sana melihat unit-unit saham, ASB, hartanah, tanah kebun sebagai aset dan pelaburan. Memang tidak dinafikan, tetapi jika dilihat dari segi potensi, % kenaikan, risiko, jualbeli, dll..dibandingkan dengan emas, maka emas tetap mempunyai kelebihannya tersendiri. Sebagai contoh:

1. Emas mudah dicairkan (liquidity) jika kita perlukan wang tunai.
2. Urusan jualbeli emas mudah dilakukan, tidak seperti portfolio/aset lain (perlukan dokumen, peguam, komisen, memakan masa dll).
3. Kita tidak perlu jual jika perlu duit untuk keperluan bisnes, hanya lakukan pajakan di Ar-rahnu utk dapatkan modal (Ar-rahnu BankRakyat, Agrobank, Yapiem,..next BankIslam).
4. Samada kita jual atau tidak, nilai emas tetap berharga tiada istilah "expiry date", "Out-of-date".
5. Setakat ni, tiada kedengaran Tokey-tokey Emas bankrap kerana barang kemas tidak laku atau kerana rompakan..sebaliknya Tokey2 ni..tetap senyum, samada harga emas dipasaran dunia naik, turun...hmmm..Hebat penangan emas ni.

Sedikit testimoni daripada En.Syukor mengenai seorang pemilik stesen pam minyak telah mendapat keuntungan RM20,000!!, hanya kerana membaca artikel dalam blog jutawanemas.com. Beliau mempunyai lebihan wang, tapi tidak tahu apa nak buat..setelah baca artikel En.Syukor, terus dia membeli 25 keping kijang emas.

Jadi, mulakan membeli dan simpan emas fizikal (999.9) atau dinar emas (916) atau sekurangnya barang kemas (916) sebagai aset kita. Antara pilihan emas fizikal untuk dimiliki:









Emas jongkong keluaran Public Gold (20g, 50g & 100g) mempunyai ketulenan 999.9 dan diiktiraf oleh Assayer. Juga tersenarai sebagai pengeluar & pengilang jongkong emas pertama di Malaysia dalam "Malaysian Book of Record".











Dinar Emas keluaran Public Dinar subsidiary Pubilc Gold (1 dinar, 5 Dinar & 10 Dinar) mempunyai sijil ketulenan emas 916 dan mengikuti spesifikasi penetapan dinar saranan Khalifah Umar R.A.


Di akhir sesi training tersebut, En.Syukor telah menunjukkan replika cek yang diperolehi dari keuntungan komisen jualan emas PG sebagai motivasi kepada Agen-agen PG. Kata En.Syukor, "Mula-mula tu, rezeki macam hujan gerimis..InsyaAllah, lama-lama nanti jadi lebatlah hujan tu"..kena rajin usaha. Huh! ada 2 cek: Bulan Julai 09' (RM46K) & Bulan Ogos 09' (RM52k)..murah rezeki Sifu jutawanemas kita.....

Sesiapa yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila lihat info di 'sidebar" sebelah kanan blog ni.

Artikel-artikel lain:
1. Why saving in GOLD?
2. Emas: Simpanan atau Pelaburan?
3. Kenapa perlu simpan Dinar Emas
4. Dinar Emas turunkan kos Haji dan Umrah!

*Saya juga ada menjual Uncang Kulit bagi sesiapa berminat untuk menyimpan dinar emas, jongkong emas dan mudah dibawa ke mana-mana, lebih2 lagi untuk tunjuk sampel produk PG kat customer. Sila ke artikel ini.
Sekian, sehingga bersua lagi dalam artikel seterusnya. Wassalam...

No comments:

Post a Comment