Monday, March 8, 2010

Emas Oh! Emas: Tak Kenal Maka Tak Cinta


EMAS... asalmu sungguh mulia,
Perciptaanmu berkait rapat dengan manusia,
Nilai dirimu begitu bermakna,
Sedikit pun bernilai, banyak lagi berharga,


EMAS... buat simiskin memilikimu sememangnya perlu,
Bagi sikaya sememangnya sudah tentu,
Buat pengantin baru, berbahagialah jika berbekal dirimu,
Bagi yang lama, jangan sesekali berpisah dengan dirimu,

EMAS...
beruntunglah orang yang terawal memilikmu,
Jaminan untuk di masa 'hadapan' nan ditunggu,
Semakin dipelihara,
semakin bernilai dirimu,
Tidak sesekali menyesal mereka berbuat begitu,

EMAS...
sesetengah orang buat tak kisah tak endah,

Bagi sesetengah yang lain sanggup bersusah-susah,
Sanggup meninggal harta lain untuk mendapat berkah,
Tetapi pesan Nabi janganlah bermegah-megah,

EMAS... tak kenal dirimu maka tak cinta,
Jika dah kenal akan terus cinta dan setia,
Cahaya kilauanmu menambahkan seri di muka,
Kekal bertakhta dihati selama-lamanya...

EMAS OH! EMAS...

p/s: Emas yang dimaksudkan ialah IMAN (Laailahailallah)

1 comment:

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1260.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete