Tuesday, January 19, 2010

Emas Goldbar Pertama Aku

Segalanya bermula tahun 2009 yang lalu....sebelum ini aku pernah dengar tentang Etika Emas dan juga pernah dipelawa untuk membeli emas melalui ejen Etika Emas, tetapi aku tak berapa yakin dengan skim yang ditawarkan. Antara sebabnya:
1. Aku tak ada pengalaman mengenai goldbar/emas jongkong.
2. Aku tidak ada pengetahuan tentang selok-belok harga emas, ketulenan, jualbeli dll.
3. Belum bersedia untuk melabur dengan emas (masih blurrr lagi..)

Oleh kerana keinginan untuk mengetahui tentang emas ini, aku telah mulakan dengan mendapatkan ilmu dan info melalui pembelian sebuah buku elektronik atau e-book secara online daripada TeamRahsiaEmas.com. Dengan kos RM80, aku telah dibekalkan 2 buah e-book iaitu Emas-emas yang hilang dan Menyingkap rahsia pelaburan emas hasil tulisan En.Syukor yang juga dikenali Sifu Emas atau Juwatanemas.com. Ternyata sekali hasil dari pembacaan kedua2 e-book tersebut telah membuka minda aku tentang rahsia emas dan pelaburannya. Tak sampai dua hari lepas baca e-book tersebut, terus aku membuat keputusan untuk membeli goldbar dari ejen PublicGold.
Kini, aku telah memiliki seketul goldbar/jongkong emas PublicGold bersaiz 20gram. Selang beberapa hari lepas tu, aku mula berjinak2 monitor harga emas dipasaran dunia melalui kitco.com dan web PublicGold, buat kali kedua aku membeli lagi goldbar dan dinar emas (20g + 1 Dinar emas-Public Dinar).

Harga masa beli dulu RM2282, terkini RM 2730..wah!!! dah untung.


Dinar Emas harga dulu RM477, terkini RM570...hmm..hampir RM100 untungnya.


Sekian sedikit dari coretan pengalaman aku. (mula memiliki goldbar pertama - Ogos 2009)

Ikutilah, bagaimana aku mula menjadi ejen Public Gold...........

2 comments:

  1. sya tbaca blog abang ni....dah lama sbenarnya saya nak beli dinar...sbb nak kumpul dinar pegi haji....boleh tak bgtau mcm mana nak beli dinar ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, maaf lambat reply x perasaan artikel lama ni. Ok, 1st harga boleh rujuk kat side column blog ni. 2nd, kalau duduk area kajang, bangi, serdang, seri kembangan, putrajaya boleh hantar & bayar COD. 3rd, kalau kaw. lain, item akan diposkan & bayaran bank-in. any enquiry call/sms 0192367952/0127662895

    ReplyDelete