Wednesday, January 20, 2010

Memulakan Langkah Sebagai Ejen PublicGold

Memandangkan aku mula mengetahui kepentingan menyimpan Emas dan Dinar, aku telah membuat keputusan untuk mengeluarkan wang yang telah aku laburkan dalam Bank Rakyat melalui pelaburan i-Qiradh yang berkonsepkan mudharabah. Jumlah pelaburan aku tidaklah banyak sangat hanya RM20,000 jer dengan perkongsian 40:60 daripada faedah 3.7% - 4.5 % akan dibank-in tiap2 bulan ke akaun simpanan. Setelah genap setahun, aku telah menghitung keuntungannya hanya sekitar RM900++ sahaja, pastu bila aku tamatkan pelaburan tu pihak Bank Rakyat telah memulangkan semula semua wang tersebut tetapi jumlahnya kurang dari nilai asal, disebabkan pramatang dengan potongan lebih RM200. Aku berfikir, sekiranya wang bernilai RM2oK dilaburkan dengan Emas fizikal maka untung daripada kenaikan harga Emas semasa boleh mencecah RM3,000!!! lebih 3X ganda berbanding i-Qiradh.
Dengan mendapat modal RM20K + RM 10K simpanan lain, aku telah menghubungi Sifu Emas En.Syukor Hasyim untuk menjadi ejen PublicGold. Lalu En.Syukor telah menerangkan prosedur yang perlu aku lakukan. Tak aku sangka, rupanya cukup mudah untuk menjadi ejen PublicGold dengan bayaran RM30K, dalam masa 2 hari jer permohonan aku diterima dan aku diberikan stok Emas Goldbar serta Dinar Emas yang bernilai RM30K.


Sebahagian Stok Goldbar dan Dinar Emas simpanan Aku
Mengapa aku memilih menjadi ejen PublicGold?


1. PublicGold atau Public Fine Gold International Bhd Bhd merupakan julung-julung syarikat tempatan yang mengeluarkan produk emas jongkong dan dinar emas sendiri.
2. Mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Record dan mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.
3. Dengan nilai spread 6%-7% agak kompetetif berbanding goldbar lain etc. Kijang Emas, Pamp Sussie, Dinar Kelantan.

4. Stok sentiasa ada dan pelbagai range (20g, 50g, 100g dan 1Dinar, 5Dinar, 10Dinar) berbanding produk goldbar lain stok ada terhad dan susah nak dapat.

5. Urusan jualbeli amat mudah dan jika terdapat kesan calar, bengkok masih boleh diterima oleh PublicGold tidak sesetengah produk lain calar sikit jer reject.

Produk Goldbar 20g, 50g,100g dan sijil ketulenannya
Produk 1Dinar, 5Dinar dan 10Dinar serta sijil ketulenannya

Harga yang ditawarkan mengikut harga yang dipaparkan dilaman web PublicGold, kat side column blog ni pun boleh rujuk. Harga akan sentiasa dikemaskini setiap 20 minit mengikut pasaran emas semasa.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
sekian, sedikit coretan aku untuk kali ini.

Untuk perkongsian akan datang, aku akan menulis tentang Dinar EMAS.....

1 comment:

  1. SilverGoldBull is a highly trusted bullion dealer. You will be provided with competitive, up-to-minute prices and ensure that your bullion arrives to your door discreetly and fully insured.

    ReplyDelete