
Jadi, apakah perkara yang Allah SWT suka daripada hamba2Nya? Tidak lain tidak bukan iaitu mencintai diri RasulNya Muhammad SAW. Kenapa? kerana Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah SWT. Diri Rasulullah sangat mulia mengatasi kemuliaan dari sekalian makhluk yang lain. Pernah ketika Nabi Adam dicampak ke dunia disebabkan terlaku satu kesalahan di syurga. Maka baginda Adam AS bersujud memohon ampun daripada Allah SWT selama 40 tahun tanpa mengangkat dahinya!. Setelah itu, terlintas baginda Adam menyebut dalam doa supaya Allah SWT mengampun kesalahannya dengan berkat MUHAMMAD. Maka, Allah SWT bertanya dari mana diketahuinya akan nama Muhammad itu. Lantas Nabi Adam berkata semasa di syurga dulu dia pernah terlihat kalimah Muhammadurrasulullah. Berkata Nabi Adam, dia yakin Muhammad adalah makhluk yang sangat mulia sebab namanya diganding dengan nama Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika tidak kerana Muhammad maka tidak akan tercipta seluruh makhluk lain termasuk Adam AS. Nah! begitu hebatnya kemuliaan Rasulullah SAW.

Satu lagi peristiwa, ketika Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT di sidratulmuntaha (isra' mikraj) teringat Baginda SAW akan kisah Nabi Musa melangkah ke Lembah Thur Sina, Allah SWT memerintah Nabi Musa membuka sepatunya. Lalu, Rasulullah SAW pun ingin membuka sepatunya juga...sebaliknya Allah SWT berkata, wahai KekasihKu usahlah berbuat demikian kerana debu2 yang melekat disepatumu terlebih mulia dari arashKu. Lihatlah, mulianya diri Rasulullah SAW hinggakan apa yang dimilikinya disisi Allah SWT mulia!!
Bagaimana mencintai Rasulullah SAW?