Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul: Cintakah Aku Pada Rasulullah?

Jika soalan di atas diajukan kepada pembaca sekalian, maka serentak akan menjawab YA!!..(itulah andaian saya, tapi..bacalah selanjutnya). Sempena bulan Rabiul Awal ni marilah kita bersama menghayati Maulidur Rasul. Sejak kebelakangan ini, hampir saban hari kita asyik mendengar, bercerita, promosi tentang Emas dan Dinar serta Perak (sebagai cth shj). Sedang asyik dengan emas...kita terlupa untuk bercerita perkara terlebih hebat dan tiada bandingannya iaitu Allah SWT. Dialah telah mencipta dan memberi kelebihan kepada makhluk yang bernama emas ini!. Agak2 dalam sehari, seminggu, sebulan berapa kali kita bercerita tentang kehebatan Allah SWT? atau melakukan apa yang Dia suka.

Jadi, apakah perkara yang Allah SWT suka daripada hamba2Nya? Tidak lain tidak bukan iaitu mencintai diri RasulNya Muhammad SAW. Kenapa? kerana Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah SWT. Diri Rasulullah sangat mulia mengatasi kemuliaan dari sekalian makhluk yang lain. Pernah ketika Nabi Adam dicampak ke dunia disebabkan terlaku satu kesalahan di syurga. Maka baginda Adam AS bersujud memohon ampun daripada Allah SWT selama 40 tahun tanpa mengangkat dahinya!. Setelah itu, terlintas baginda Adam menyebut dalam doa supaya Allah SWT mengampun kesalahannya dengan berkat MUHAMMAD. Maka, Allah SWT bertanya dari mana diketahuinya akan nama Muhammad itu. Lantas Nabi Adam berkata semasa di syurga dulu dia pernah terlihat kalimah Muhammadurrasulullah. Berkata Nabi Adam, dia yakin Muhammad adalah makhluk yang sangat mulia sebab namanya diganding dengan nama Allah SWT. Berfirman Allah SWT, jika tidak kerana Muhammad maka tidak akan tercipta seluruh makhluk lain termasuk Adam AS. Nah! begitu hebatnya kemuliaan Rasulullah SAW.

Satu lagi peristiwa, ketika Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT di sidratulmuntaha (isra' mikraj) teringat Baginda SAW akan kisah Nabi Musa melangkah ke Lembah Thur Sina, Allah SWT memerintah Nabi Musa membuka sepatunya. Lalu, Rasulullah SAW pun ingin membuka sepatunya juga...sebaliknya Allah SWT berkata, wahai KekasihKu usahlah berbuat demikian kerana debu2 yang melekat disepatumu terlebih mulia dari arashKu. Lihatlah, mulianya diri Rasulullah SAW hinggakan apa yang dimilikinya disisi Allah SWT mulia!!

Bagaimana mencintai Rasulullah SAW?
Untuk datangkan rasa cinta pada diri Rasulullah SAW perlulah kita mengenali dan mendekati sunnah-sunnahnya. Nabi SAW pernah bersabda: Barang sesiapa cintakan pada sunnah-sunnahku, maka mereka mencintaiku dan barang siapa mencintaiku maka mereka akan bersama-samaku disyurga. Dalam riwayat yang lain, seorang penyair parsi bermadah, "Apabila Qais (majnun) melalui bandar Laila, maka dia (Qais) berkata: bahkan penduduk, tembok, dinding dibandar ini semuanya aku kasih, kerana ada kaitan dengan Laila." Ini adalah suatu tamsilan (perumpamaan), jika mulut kita kata cinta pada Rasulullah SAW jadi apa yang dilakukan Baginda sepatutnya menjadi ikutan dan kesukaan kita tanpa sebarang dolak-dalih lagi. Dan setiap amalan sunnah Nabi SAW dikira ibadah di sisi Allah SWT. Bukankah dalam Quran Allah SWT perintahkan semua jin dan manusia untuk beribadah sepanjang hidup. Jadi, mampukah kita untuk ibadat jer sehari semalam (24 jam)? Kuncinya mudah, iaitu menghayati kehidupan suci murni Nabi SAW.

Purata hidup kita katakan 60 tahun, mari kita lihat aktiviti yang seharian kita:

1. Purata tidur 8 jam/hari = 8/24 x 60 =20 tahun
2. Purata makan/minum 1.5 jam/hari = 1.5/24 x 60 = 3.75 tahun
3. Purata ke bilik air/tandas 1 jam/hari = 1/24 x 60 = 2.5 tahun
4. Purata dalam kenderaan 1 jam/hari = 1/24 x60 =2.5 tahun

Jumlah keseluruhan = 28.75 tahun akan dihabiskan begitu sahaja...sebaliknya jika kesemua aktiviti di atas dilakukan menepati cara sunnah Nabi SAW, semuanya dikira ibadah. Mudahnya untuk mendapat pahala terhadap rutin harian kita. Oleh itu samalah kita berazam sungguh2 untuk mengikuti sunnah Nabi SAW dalam aktiviti-aktiviti di atas. Disamping itu, di sini saya suka berkongsi satu sunnah Nabi SAW yang kita mungkin lihat remeh iaitu MISWAK!. Mungkin ramai dah tahu...OK..

1. Kalau dah tahu = Alhamdulillah...
2. Kalau dah tahu + amal = Terbaik...
3. Kalau dah tahu + amal + menyampai (ajak beramal) = Terlebih Afdhal...

Miswak merupakan alat pencuci (sugi, siwak atau berus) gigi yang digunakan oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda. Pernah Nabi SAW bersabda: Jika tidak menyusahkan ummatku akan aku menyuruh berwiswak! setiap kali mereka hendak melakukan solat. Sebenarnya begitu banyak sekali faedah yang akan kita perolehi dengan hanya menggunakan miswak. Terdapat 70 kelebihan pada miswak ini, antaranya:
1. Membersihkan mulut
2. Menghilangkan gelema
3. Menerangkan pandangan mata
4. Mendapat keredhaan Allah SWT
5. Allah SWT & Para malaikat mengasihi org yang bersiwak
6. Menyebabkan kemarahan syaitan
7. Bersugi dapat menguatkan ingatan
8. Bersugi menghilangkan bau busuk mulut
9. Menguatkan gusi
10. Memudahkan kita mengucapkan syahadat di akhir kalam kita, insyaAllah...
Terlalu banyak perbincangan mengenai sunnah bersiwak ini, memadailah setakat ini dulu. Buatlah kajian, rujukan lain dari masa ke semasa.
Bagi mereka yang ingin tahu cara menggunakan miswak, lihat langkah dibawah:

1. Buangkan kulit luar miswak lebih kurang 1 inci.

2. Miswak yang telah siap dibuang kulit utk proses seterusnya.

3. Untuk menghasilkan kesan berus halus pada hujungnya, gunakan gigi anda secara gigitan sederhana. Seterusnya gosoklah pada keseluruhan gigi anda.

4. Bagi firstimer, jgn terkejut rasa getah miswak ni, memang menyegarkan. So, lepas selesai bersugi basuh hujungnya dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk (utk kekalkan kesegarannya)
5. Sila ulangi langkah2 di atas, jika berus siwak semakin lembut/hilang dan tukar bila miswak semakin pendek (anggaran 2,3 inci)



Kepada mereka yang ingin mencuba, saya sedia mengambil tempahan anda.
Jenama saya jual atau rekomenkan ialah Al-Khair sememangnya berkualiti dan dijamin segar.
Untuk pembelian:

1. Setiap miswak dijual secara set (iaitu 1 set = 5 btg).
2. Harga utk 1 set = RM 20 atau 1 dirham, jika 2 set = RM35.
3. Kenapa kena beli 1 set? Ya lah..kalau 1 btg nanti mahal pulak kosnya, tak berbaloi. 1 btg=RM3 + RM6 (poslaju) = RM9/btg Huh!..tapi kalau 1 set=RM20/5 = RM4/btg..ok la tu..
4. Sila buat tempahan di ruang Sila Komen: masukkan nama & no.hp anda
5. Bank-in ke akaun saya: CIMB 01140028738526 atau PublicBank 4706519131.
6. Item akan diposkan dalam 2,3 hari.
Selamat mencuba sesuatu yang tidak merugikan anda sama sekali! Dunia dapat, Akhirat apatah lagi...
Bacalah info-info menarik di bawah:
1. http://www.miraclebrush.com/almas.pdf
2. http://journals.mui.ac.ir/drj/article/view/2136/847
3. http://calltoislam.com/pdf/Miswak%20-%20The%20Prophets%20Natural%20Toothbrush%20-%20CTI%20Research.pdf
4. http://www.helium.com/items/1623911-benefits-of-miswak
p/s: tuan-tuan boleh beli dimana2 jika sudi, saya hanya bagi kemudahan..tidak memaksa. kalau nak kos murah dapatkan kat MYdin (tapi kualiti, jenama berbeza). Utk maklumat lanjut, taip "miswak Al-khair" kat google tengok detail (harga, kebaikan dll).

1 comment:

  1. Tahniah! diucapkan kepada sahabat: samurai & ainnudin, kerana telah sudi mencuba berus gigi(miswak)sejati Rasulullah & para sahabat...tak kenal, maka tak cinta.

    ReplyDelete